30 Mei 2012

Balik kg lagi

salam semua....okey hari nie nak balik kg lg....kg aku nuuuuu kat kedah x sabo rasanya....aku balik nie semperna majlis perkhawinan abg sulong aku...yg aku letak pic hari tue majlis sebelah perempuan....malam nie balik naik kereta api jg....takut beb naik bas....sbb aku x naik kereta pown sbb aku takut jg hakhak.....aku cuti 6 hari lama x....mcm nak knduri aku lak hakhak...bila x tau la....selama kat  kg nie mesti la aku x da kesempatan nk tulis blog kan mesti sibuk...jng sibuk tido dah hakhakah

nie tiket nak balik mlm nie
nie lak tiket nak balik mai nilai
tapi balik kg kali nie....x mcm balik kg selalu la....sbb balik kali nie x g dating dah hakhak sbb en bf dah dtang negeri sembilan...aku balik kedah dia mai negeri sembilan lak ayoyo x po lak....
oppp lupa nk ckp nak ucapkan tahniah kat enbf sbb dapat keja tetap kat negeri sembilan nie tempat d rahsiakan tp yg penting bukan sama tempat keja ngn aku.
muka happy nk balik kg
sila abaikan pic makcik kat atas okey hakhak ....

28 Mei 2012

selamat pengantin baru

assalamualaikum....okey 2 hari x update blog sbb aku cuti n buzy....buzy la sangat heheehhe.okey tajuk di atas di tujukan pada abg sulong aku....aka satu2 nya abg yang aku ada .okey selamat pengantin baru yer moga cepat bg anak sedara kat aku hakhak.....kwn2 aku semua ada anak sedara aku ja x da sedih kan hehehe...my new family a.k.a dah jadi pown kakak ipaq aku kak farah shahanim  selamat datang dalam family kami yang serba kekurangan nie....nie ada serba sikit pic yang aku ambik selamat menjamu mata
my family aku,nenek sebelah mak,mak ayah nenek sebelah ayah n adik no 3 lg sorng adik x ikut sibuk mandi sungai


nie majlis sanding selmat pengantin baru u all

24 Mei 2012

sangub campur darah dlm makanan

hai seram lak baca harian metro nie klik sini samngub dia bt mcm tue...so berhati hati la manusia sekarng sngub bt apa saja....

peperiksaan perkhimatan kertas 2 subjec jabatan

asssalamualaikum...........alamak takutnya...kertas satu dah lepas kertas dua lak.........aku nie jaga makmal electronik...so kimia biologi fizik aku x pandai sangat aku akan cuba la tembak2 apa yang patut wish mee luck okey terima kasih

23 Mei 2012

segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup

okey hari nie nk join conten cik buaya nie pula walaupown sebelum nie selalu join tp x penah menag hehehehe
syarat2 dia mudah jer

                                                                           nak join klik nie


okey korng bole la join jg follow,letak banner ang link dahsiap.........cute nama blog cik buaya heheheehhe

21 Mei 2012

Kami happy anda bagaimana pula


okey freshhh lagi okey pic di atas....heheheeh nie sambutan minggu kualiti & inovasi usim 2012..........semua merah aku ja sesat pakai baju suka hati.........KAMI HAPPY ANDA BAGAIMANA PULA

hasat dengki = iri hati

assalamualaikum semua....okey tetiba pagi2 isnin nie nk citer sal hasat dengki....bila dah macam tue kita akan jadi iri hari x bole tengok orng lain lebih hahahaha apa la.....minta la kita dia jauhkan dari sifat itu ya......

cuba tengok pic kat atas setitik ja hitam kat hati tue...bila x di polish haaaaaaaa kan lama2 dah jadi hitam....semua orng ada sifat tue aku pown ada gak sikit hahahahaha......sikit ja tp x lah nk tujuk sangat.....sama2 la kita hindar kan la yer....okey....nie aku bg doa untuk kita hindar kan dari PHD nie jom sama2 kita amal kan yooooooo


18 Mei 2012

Bola tampar

jom kita belajar cara nak main bola tampar
sbb aku ada la join main bola tampar jabatan tempat aku keja
kebetulan aku mmg x pandai main...last main pown masa sek men dulu hampeh kan.
okey nie cara2 yg btol 




KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR

(i) Hantaran
(ii) Servis
(iii) Merejam
(iv) Mengadang

KEMAHIRAN ASAS
(i) Hantaran bola

Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.
Hantaran atas kepala (overhead)
Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (in setting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.
Cara-cara hantaran atas kepala
1) Posisi bersedia
a) Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas sedikit pada bahu.
b) Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c) Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d) Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e) Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka ke dalam.
f) Siku bengkok ke luar.
g) Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi tiga kecil.
h) Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.
2) Pergerakkan
a) Bergerak di bawah bola.
b) Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c) Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak.
d) Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e) Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f) Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g) Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar untuk sampai ke bola.
3) Kontak
a) Kontak dilakukan di atas dahi.
b) Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c) Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d) Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e) Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.
Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)

Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.
Cara-cara hantaran bawah tangan
1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
f) Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain serta ibu-ibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan.
3) Kontak
a) Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
b) Kontak bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan.
c) Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.
Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah ’mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya suatu smesy atau rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.
(ii) Servis
Adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain iaitu peservis.
Servis bawah tangan (underhand)

Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit keupayaan fizikal.
Cara-cara melakukan servis ini
1) Posisi bermula
a) Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
b) Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server).
c) Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
d) Bengkokkan sedikit lutut.
e) Badan menghadap ke hadapan.
f) Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan.
g) Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.
2) Lambungan
a) Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
b) Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan sekaligus tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).
3) Aksi tangan / kontak
a) Semasa bola dilambungkan tangan yang menbuat servis ditarik ke belakang mengikut pergerakan buah bandul jam.
b) Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
c) Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).
d) Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
e) Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
f) Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
g) Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.
Servis atas kepala (overhead)

Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat (heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.
Cara-cara membuat servis atas kepala
1) Posisi bermula
a) Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
b) Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
c) Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
d) Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Lambungan / pemindahan beratan
a) Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis.
b) Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
3) Aksi tangan kontak
a) Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi membaling bola.
b) Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
c) Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan.
d) Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
e) Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.
Servis gelombang (floata)
Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.
Cara-cara menbuat servis gelombang
1) Posisi bermula
a) Berdiri menghadap jaring, kaki berjarak seluas bahu.
b) Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.
c) Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola yang diarahkan.
d) Lutut dibengkokkan sedikit.
e) Berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang.
2) Lambungan dan pemindahan berat badan
a) Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia.
b) Lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus direntang ke hadapan.
c) Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk menolong kawalan bola).
d) Bengkokkan lutut sedikit ke belakang, pada masa yang sama naikkan lengan lambungan.
e) Tangan servis masih berkontak dengan bola selama yang boleh.
f) Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas secara berlanjutan dan lutut diluruskan.
g) Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat lambungan.
h) Melambungkan bola terus ke atas, di hadapan bahu tangan servis tidak lebih daripada 18 inci tingginya.
i) Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan apabila lambungan telah mencapai kemuncaknya.
3) Aksi tangan dan kontak
a) Menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling seperti dalam perrmainan besbol.
b) Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
c) Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand).
d) Memastikan pergelangan tangan adalah tegar.
e) Kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit di bawah bahagian tengah bola dengan lengan yang cukup lurus.
f) Mata memandang bola semasa servis dilakukan.
.
(iii) Merejam (Smesy)
Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.
Rejam berdiri

a) Tidak ada run-up
b) Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c) Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
d) Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.
e) Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
f) Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
g) Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola turun.

Rejam sambil berlari
(running spike)

a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.
b) Berlari (run up) tiga langkah.
(i) Langkah pertama adalah bermasa (a timing pace).
(ii) Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.
(iii) Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau menadah tangan.
Cara-cara merejam.
1) Posisi bersedia
a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.
b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.
c) Bengkokkan lutut.
d) Bahagian tubuh badan mengendur.
e) Bahu ke hadapan.
f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan.
c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.
d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.
e) Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan.
f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh.
g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan.
h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.
3) Kontak
a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Kontak bola dengan hujung tangan.
c) Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak tangan dan jari-jari melindungi bola.
d) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa.
e) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.
4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
c) Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.
(iv) Mengadang

Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy.
Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.
(a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke atas.
(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.

16 Mei 2012

SEDIH

Sedih la hari nie...asal teringat ja aku nk nagis...ya allah kau kuatkan hatiku...imanku....aku insan lemah....

LAKSA JOHOR

hai...hari nie nk citer sal laksa johor....dah seminggu aku ngidam nak makan laksa johor....bnyak jg la halangan sebelum dpt mkn heheheheh.....alhamdullilah akhirnya dpt jg makan hari nie....
komen aku la laksa kedah lg sedap kot heheheeh jng marah ya sapa orng johor....aku komen iklas tau ker kedai tue x pandai buat tah la sbb nie first time aku mkn sblum nie sumpah aku x teringin langsung nk makan laksa tue...........okey selamat menjamu mata.....
nie la laksa johor yang aku mkn td bole la....laksa kedah tetap di hati

15 Mei 2012

Peperiksaan perkhimatan

assalamualaikum....tajuk diatas berkaitan dengan aku yang kna ambil exem perhikmatan untuk melayakan aku di sahkan jawatan.....huhuuhhuhu pning pala nk study ,,,,,mcm 2 kna baca sampai nk tulis blog pown dah x da idea beb.....exem tue minggu depan jng lupa doakan i lulus okey

11 Mei 2012

Pesonaliti mengikut jenis darah

aku rasa mcm tak btoi ja info nie...sbb aku nie darah jnis A tp mcm x sama ja ahahhaha

10 Mei 2012

Selamat Hari Lahir

haiii assalamualaikum....ehhh tajuk tue bukan ahri lahir aku yer hari lahir kawan aku  aka officemate aku...nie kad hari lahir untuk fiza yer ehheeheh



Terima kasih yer belanja nasi lemak n kek comel n cute...... Fiza

9 Mei 2012

Bijak sungguh orang yahudi

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum SOYA (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..

KAN ADA buah kurma buah delima semua tu air yg bagus di buat minuman...cuka kurma ape lagi nak? KITA ADA NABI....KITA ADA QURAN IKUT DAPAT PAHALA DAPAT KHASIAT nah...pk pk la wahai diri sendiri dan ibu2 bapa2 dan semua la baik lelaki mahupon wanita... selamat beramal...setting balik program kita buang pemikiran yahudi ni...

sumber klik sini

mengutuk mengumpat peraan bagus = diri rasa perfect :P

haiiii selamat pg u olll..mcm aku nie artis lak oppppppp hehehe.dah baca tajuk aku tue,,,hurmmm sapa rasa dia tegolong dlm ketegori itu... aku kod....hahahahah semua orng ada tp sapa mau ngaku.. aku pown x mau ngaku ooo... :)....tp kan aku sebenarnya x faham la knapa la orng selalu sanagt nk ckp bohong...kalo ko xda benda tue ko x pyah ckp ko ada....jd lah diri sendiri yer kawan2 ku sekalian ....kadang2 aku tengok kemain ja ckp sana sini....macm dia la manuasia sempurna....xpo la bg ja kat dia...tp yg x bleh blah benda2 tue aku tengok gedebuk kna kat dia sendiri beb....hahahaha aku pown tengah mengumpat nie....kan aku kata....heheheeh ya ampun...

8 Mei 2012

Diet tp bila tengok makanan

okey bila dah sampai petang nie....perut n badan2 pown lemah jer....sbb aku hanya mkan pg td ja...tue la orng cakap sarapan tue penting....aku percaya n sangat percaya sbb perut aku masih bole bertahan...mcm smlm aku x mkan pagi....ayooooooo gigil aku beb...so ambilla sarapan pg kalo btoi2 nk diet bak kat tengku ezairy dlm novel Akhir sebuah cinta hahahaha nk tau x sapa tengku ezairy dia watak dlm novel tue....tue dia ngigau....xpo la sekali sekala..okey lupakan....okey bab diet nie....aku okey jer tp ada satu blog aku mmg x leh tengok makanan dlm blog tue makoiiii tergugt iman beb...dah la aku wajib hari2 baca blog tue....peminat aka  pembaca setia blog kak jee...kalo aku tengok baca ja entri2 dia huishhh terus lapaq ....heheheh kna lg kuatkan iman kan....aduiiii mcm mana nk turunkan berat nie hukhukhuk sadis
  
DULU  
SEKARANG
Nampak beza x??/ hahhaha cakap la x ....teringin nak dengar hahahahah

" CONTEST KE 2 HAZWAN HAIRY"

Okey oleh kerana aku nie blogeer baru follower pown baru 9 orng ehhehe kesian kan....aku suka sangat join2 content nie best kan...okey hari nie aku join " CONTEST KE 2 HAZWAN HAIRY" sapa nk join leh  klik sini
okey kali nie nk buat slogan
 "saya suka membaca kerana saya dapat berjalan bersiar keserata dunia,macam dunia ini saya yang punya"

Okey tue slogan saya ....tatatata lalalalla assalamualaikum

'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'

semperna dengan hari guru yang akan d sambut x lama lagi pada tahun nie...aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada guru2 aku dari tadika,sokolah rendah,sekolah menengah dan d ikm sungai petani.....kalian adalah yang terbaik ..jasa kalian aku kenang dunia akhirat...di sini jg aku ingin memohon maaf kalo ada di antara guru2 aku baca entri nie ehhehehe :) aku sering kali mengumpat kalian kalo aku x puas hati....maklum la jiwa budak2 n remaja....saya minta maaf yer cikgu2 penyarah2 saya....hehehehe tapi yang penting aku sayang cikgu2 aku....tampa kalian aku x kan ada di sini walaupown aku nie x penah jadi yang terbaik....terima kasih cikgu terima kasih puan terima kasih encik... i love  u all 

Nie la serba sedikit ucapan aku yang iklas dari hati okey aku nak text officemate aku aka kawan aku kawan berbloger aku  fiza  kami budak baru belajar....awak saya text awak bole awak orng ke dua follow blog saya terima kasih yer ATIQAH....

7 Mei 2012

cucur bawang & kopi o

weekend hari tue...aku x da buat pape.....tido2 lena2 tengok2 tv ehehhehe,,,,korang baca pown bosan kan tmbah aku sendiri yang lalui 1juta kali bosan...+ dengan pemalas aku nie...sesuai sangat la kan....satu ja ubat bosan weekend tue aku baca novel la....sampai x tido pown aku sanggub gila....
nie novel aku baca sampai aku x tido tue tara
bole la novel nie aku bg 3/5 ja ehhehe

okey nie serba sedikit sinopsis dia
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?okey jawapan dia mampu....cinta kan buta hehehe nk tau lebih lanjut beli la sendiri....aku pown pinjam orng punya nk bg korng pinjam pown :P

NOVEL Nie banyak konflik aku x suka sangat.....lain orng lain cite rasa kan...tp aku habiskan jg baca...aku nie jnis suka novel romantik ja ......nak hero heroin tue bersama ja deret...gaduh sikit ja....takpa t aku tulis novel sendiri :p 


alahai perut

Ayoooooooo bila hari isnin nie...mood terus jd suam2 kuku....hik2 mengarut....perut aku nie menjerit2 lapar.....lapar...tp aku kasi tau perut aku...sabaq yung ko diet hari nie...bole mcm tue....nk kate aku x sarapan aku dah mum dah sebiji buah lai...perut melayu btoii la x cukup ker dengan buah lai sebiji 2.....tunggu petang la t aku singgah pasar malam aku isi ko yer wahai perut....aku nk slim mcm dolu2...x mau mcm nie...isi lebih banyak jer...heeeeeeeeeeeee,,,gerun tengok diri sendiri....sekali lg soakan aku kurus yer... ^_____________^ sapa yg mendoakan untuk aku aku ucap tq t sapa nk kurus aku doakan untuk korng lak hakhak

4 Mei 2012

Jumaat sudah

aishhh cepat btol masa berlalu kalo minggu lepas time2 ni xcited ja muka sbb nk balik kg...tp hari nie...huuuuuuuuu blur ja...x habis2 nk blur kan....nak diet tp perut asyik lapo jer mcm mana nk kurus nie.........adoiii ada sapa2 ada petua nk kurus x....ada ubat2 berkesan x hahahahaha :P cer citer kat aku plzzzzzzzzzzzzz nk kurus sebelum bulan 6 nie bole x agak..... jom kita baca diet jenis darah A+ sbb apa aku drah jnis A+ okey

Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Jom semua sapa jnis darah kumpulan A+ kita diet ikut cara nie...wish me luck okey papai
info di atas  dari web ini

3 Mei 2012

Mee udang pulau sayak....

nie semua citer masa aku kat kedah...hari ahad aku n en bf g rr date,,,he lama oooooooo x jumpa 2 bulan sekali ja dpt jumpa....okey abaikan bab tue...aku teringin sangat nk mum mee udang...en bf ckp pilih kdai lain lak ...masuk ja dlm kwasan pulau sayak tue mmg banyak gila kedai yg menjual mee udang...kami pilih kdai orng banyak dengan berangapan kalo kdai banyak pelangan sdap la mee tue.....hari tue mkn kdai lain tue udang sampai 6 ekor,,,ala sdap lak tue...x pa la kdai nie udang sikit...n first time aku kopek kulit udang sendiri tau...sblum nie aku x reti....kalo aku kopek aku guna tangan la jawabnya...akibat first time tue la habis udang itu lompat keluaq ....hahahahha lawak btol......
nie la mee udang tue


apam dot..dot...

okey....dah lama x update blog aku nie...aku balik kg...kat kg aku akan lupa semua hal2 blog nie...lupa kjab jer okey hehehehe...hari nie dah balik nilai...tp kepala ting tong lagi sbb pg td sampai nilai terus keje okey.... :( okey kat kg hari tue aku membuat pecubaan buat apam pokaldot atau apam dot2..... dengan izin allah s.w.t jd apam aku mak aiiii syok gila kod sampai lompat2 hahahahah tipu jer resipi aku ambil kat internet combine ngn resipi my makcik aku ......gebus ja apam dot2 aku tau heeeeeee x malu puji diri sendiri....okey sapa nak try bole ambil resipi nie insyaalah jd...sukat pakai cwan minum kopi tue jer senang
RESIPI APAM DOT.DOT
2 Cawan tepung gandum(aku guna tepung cap ros bagus untuk kek n biskut)
1/2 Cawan gula halus
3/4 Cawan susu segar
1 sudu teh ovelate
3 sudu teh baking powder
3 biji telur(sejukan dlm peti sejuk dulu okey)
1 sudu teh esen vanilla
filling suka hati korang la nk letak apa... bluberry ker coklat ker apa2 jer korng nk yer

Cara-Cara nk buat
  • masukan gula,telur n ovelate dlm mixer putar sampai  kembang...kalo x tau kembang mcm mana nampak   dah   jd warna putih kira oker le
  • pas tue masuk tepung ber selang seli dengan susu
  • dah sebati masuk baking powder n esen vanilla
  • sbb masuk esen vanilla nie x bagi bau sangat telur...ishhh mcm chef lak aku nie...
  • okey dah siap bahagikan ke beberapa bahagian letak la warna kesukaan anda yer
  • masukan paper bag kedalam acuan kuih lompang yang d susun dlm pengukus..
  • letkak sparuh dulu,,,letak filling n pnuhkan lah acuan tue...pas tue baru dot2 kan jer
korang imaging la sendiri ekkk aku lupa nk ambil pic......
nie apam yang aku buat dah siap selamat mencuba



BEN ASHAARI : MAY

haiii semua sy joint ben ashaari :untuk masuk dlm friend list en ben nie selama sbulan....sbb apa aku nk joint sbb aku nk femes maklom la aku kan bloger baru ehhehehe gedik...ala sekali sekala kan...lagi pown blog en ben nie memang femes n hari 2 aku akn bca update dia bnya idea...aku nie nk tulis pown kering idea haishhsh...sapa nk join jg bleh klik sini jom n sapa rajin bole tolong ngundi blog en ben nie sila undi hehehe okey semoga aku berjaya heheeh ;)