6 Ogos 2019

Bila

Bila rasa sesuatu tak puas hati tapi kau tak dapat lepaskan,tak dapat cakap demi menjaga hati orang lain,tapi orang lain tak jaga pon hati kita,korang pernah tak rasa mcm tu,

22 April 2019

susu kurma

sebagai seorang yang tidak suka minum susu tapi suka tepengaruh dengan iklan,cerita dia bermula dulu aku suka beli susu kurma  farm fresh sebab kononnya minum susu kurma , susu badan bertambah,yang ni aku tak tahu la bertambah ker tak sebab aku memang jenis banyak susu makan pi la apa pun memang susu tu ada...bila  minum rasa sedap tapi harga agak mahal pastu kau kena habiskan cepat sebab lama2 masam,jadi malas pula kat situ kena paksa minum aku kan jenis minum sikit2
 ok lepas tu pengaruh lagi aku cuba susu goodday pula,yang aku rasa macam lagi sedap ,lagi pon dia boleh tahan bnyak hari kan aku suka beli yang 6 kotak tu so sekali minum sekotak,,harga murah sikit la dari susu fram frash ,nama pon freash mesti la mahal kan

lepas tu susu kurma dutch lady pula yang ni pengaruh tv juga ni sedangkan aku bukan minat nak minum susu pon,rasa dia aku pilih lagi good day n farm freash. maybe sbb ni paling murah tu rasa dia kurang,rasa tak segar tapi kalo bulan puasa ni nak minum masa sahur ok ja kan.lagi pon tahan lama,mcm farm freash ko kena  minum bagi habis dalam masa 2 hari gitu.kotak dia pon cantik i suka hehehehehhe



8 Februari 2019

selamat tinggal cik viva

assalamualaikum semua,lama jari nie tak menaip di sini,hari ni rasa nak catatkan sesuatu yang akan aku ingat sampai bila-bila

Tanggal 3 feb 2019 cik viva dah tinggalkan aku,bukan aku tak sayang tapi aku perlu lepaskan untuk dapat kan yang terbaik untuk keluarga kecil aku,
aku beli cik viva masa aku baru setahun kerja,masa tu takda lesen kereta gigih ambil sebab nak beli kereta,tengok orang ada kereta aku pon nak jiwa muda,walaupon masa tu gaji tak seberapa

ingat la masa apply loan bank coll untuk interview minta penjamin aku cakap maaf en saya tak da penjamin,bank pon tak cakap apa tetiba sehari selepas tu selesmen kereta coll cakap pinjaman dah lulus esok lusa lepas sains agrement boleh datang ambil kereta,mudah sangat miliki kamu,perasaan kali pertama nampak kamu rasa nak nagis teharu sangat2 kereta yang diidamkan dah jadi hak milik

bebekalkan baru seminggu past lesen memandu aku gagah juga bawa walaupon ketaq lutut hahahaha
hari ke sehari,ke bulan ke tahun suami aku dapat kerja kat negeri sembilan,baru la boleh bawa kau jumpa mak ayah aku kat kampung kalo tak memang tak berani la acik bawa kau balik kampung,
beberapa tahun lepas tu aku khawin kau la kenderaan aku ke sana sini,nak beranak tengah malam semua kau la,kau memang terbaik bagi servis tiptop,tak pernah buat perangai

tanggal tahun 2018 kau mula buat peragai tp bukan engin tapi bahagian tayar,bila balik jauh agak dah tak sesuai,keputusan aku buat ni berat tapi terpaksa sebab aku takkan mampu menjaga 2 benda yang aku sayang.aku lepaskan kau,tapi aku tau kau akan lebih bahagia dengan tuan baru,kau tak kan penat lagi berjalan jauh hingga beratus km,

sampai sekarang aku tak boleh moveon lagi dengan pemergian kau,aku masih terbayang kau,pernah satu hari aku tesalah buka pintu kereta orang lain sbb dia pon putih mcm kau,huhuhuuh sumpah sedih

selamat tinggal sayang.terima kasih kau sangat berjasa pada aku dan keluargaku...WWD sentiasa dalam hati walaupon bukan milik ku lagi.