ASSALAMUALAIKUM
Hai korang apa habaq check macam biasa sihat alhamdullilah pipi makin kembung tp x insaf2 asyik makan ja...huhuhuhu hari ni wani nak kongsi apa yang wani baca di fb sbb wani pown ada anak yang dalam proses mcm yang di sahre ni jom sama2 kita baca dan fahami agar kita x terlepas pandang dalam mendidik anak2 insyallah
1. Pukul
2. Gigit
3. Tendang
4. Hantuk kepala
5. Baring di lantai
Diatas ini adalah contoh masalah tingkah laku yang biasa muncul sekitar umur anak 18 hingga 3 tahun.
FAHAMI FISIOLOGI ANAK
Masalah tingkahlaku memang normal bagi anak berumur 18 bulan hingga 3
tahun kerana fasa ini mereka dah ada kehendak sendiri walaupun kehendak
tersebut susah nak ditunaikan dan kadangkala "merepek" seperti nak makan
cicah sambal, tarik mak ayah ke pintu untuk keluar rumah di tengah
malam, nak minum air panas menggelegak dan sebagainya. ๐คฃ
Sebelum ini anak cuma tahu menangis atau ketawa sahaja. Perasaan
gembira, kelakar, bahagia dan geli di geletek semua diluahkan dengan
cara senyum dan ketawa. Emosi yang tak "best" pula seperti lapar, haus,
bosan, cemburu, sakit perut, marah atau panas diluahkan dengan cara
menangis. ๐ข
Mereka belum "pandai" marah lagi semasa bayi disebabkan bahasa yang
terhad. Sebenarnya "pandai" marah juga adalah salah satu perkembangan
emosi bagi anak ya, jangan risau. ๐
Disebabkan keterujaan dengan emosi baru iaitu marah, mereka jadi pelik
dan cuba berlatih meluahkan perasaan marah seterusnya memerhati respon
mak ayah. Macam "orang yang baru dapat kaki", sentiasa nak berlatih.
Pantang ada "point" sikit, ada sahaja yang nak dimarahnya, sikit-sikit
nak baring di lantai, sikit-sikit nak mengamuk baling barang, semua
benda tak kena dan menangis tak tentu pasal.
Anak yang dulunya
comel, "behave" dan penyayang, tiba-tiba jadi pemarah apabila masuk umur
18 bulan. Mereka mengalami "mood swing" kerana mereka baru sedar yang
banyak cara sebenarnya nak luahkan perasaan bukannya dengan cara
menangis dan ketawa. Sebab itu mereka akan cuba pelbagai cara asalkan
mereka dapat apa yang dikehendaki. ๐
☡ CARA MENANGANI ☡
Ada banyak cara sebenarnya nak atasi masalah tingkahlaku sebab setiap
mak ayah ada caranya tersendiri untuk mendidik anak. Dibawah ini adalah
tips mengatasi masalah tingkahlaku daripada saya:
1. AUTONOMI ๐ช
Mak ayah perlu faham keadaan anak, cuba bayangkan kita di tempat anak
di mana situasi kita di negara asing yang perlukan bantuan tetapi semua
orang tak faham apa kita cakap. Puas kita menjerit dan buat pelbagai
"body sign", orang lain masih buat muka "blur" dan kadang-kadang buat
tak endah. Mesti rasa nak tumbuk dinding kan?
Sama juga seperti
anak, mak ayah yang tidak memahami kehendak anak akan menyebabkan anak
cenderung mengalami masalah tingkahlaku. Kena faham, anak umur 18 hingga
3 tahun adalah fasa autonomi vs malu/sangsi dalam perkembangan emosi
dan sosial. Satu sahaja yang mereka mahukan semasa fasa ini, iaitu
autonomi.
Kebebasan untuk bermain sendiri, makan sendiri, pakai
baju dan seluar sendiri, pilih baju sendiri, pakai kasut sendiri, makan
lauk yang mereka mahu sahaja dan sebagainya. Masa ini anak dah ada
makanan kegemaran, warna kegemaran, patung kegemaran dan watak kegemaran
mereka. Perlu faham situasi mereka, baru boleh bertindak dengan betul.
Jangan sesekali menghukum sebelum menyiasat kerana ia akan menyebabkan anak menjadi malu/sangsi tak ada keyakinan diri kelak. ๐ฅ
Anak yang lewat bercakap selalunya mempunyai masalah tingkah kerana sukar beritahu mak ayah kehendaknya ataupun lua
2. MINDSET ๐
Walau cuba pelbagai cara, mindset mak ayah masih tak ke jalan yang
benar memang semuanya tak akan jadi. Mak ayah perlu tegas yang "NO MEANS
NO" semasa menangani tingkahlaku yang tidak diingini.
Contoh situasi:
A) Anak mengamuk tak mahu kemas mainan walaupun sudah pandai kemas, semakin disuruh semakin mengamuk baling mainan. ๐ก
Kalau sekali mak ayah layankan amukan anak, disuakan handphone,
dipeluk, dibuatnya muka kesian malah siap cakap "sorry" dengan anak.
Maka, maksudnya mak ayah dah di "manipulate' dengan anak. Lain kali bila
berdepan dengan situasi sama, anak akan buat "trick" sama dan benda
ini akan berulang sampai anak jadi "kebal" tak kemas mainan.
Ditambah lagi bila ada "penyelamat dunia", lagilah anak bertambah
"kebal" tak kemas mainan. Mereka akan letak mindset yang "aku tak salah,
mama papa yang salah". Bila anak dah mindset sebegitu dari umur 18
bulan, cuba bayangkan betapa "kebal"nya anak bila dah umur 5 tahun
kelak. ๐ค
B ) Anak baring di lantai atau pukul apabila tak dapat apa yang dia nak.
Abaikan dia, jangan dipujuk, jangan dipandang atau dialihkan perhatian
kerana anak akan belajar dan mindset yang "kalau nak sesuatu, baring di
lantai/pukul". Maka, situasi ini akan berulang dan berulang lagi.
Apabila anak dah reda dan bangun, beritahu yang perbuatannya salah.
Mulakan seawal anak "belajar" cara sebegini bagi membendung masalah
tingkahlaku yang semakin serius.
Untuk mengatasi masalah
tingkahlaku anak, mak ayah perlu mindset "Kita tak salah, anak yang
salah" dan "kita yang bentuk dia, bukan dia bentuk kita". Jika betul
anak buat salah, tak perlu buat muka kesian atau sedih dan tak perlu
cakap "sorry" sebaliknya ajar anak minta maaf. Kalau belum pandai sebut
"sorry", ajar anak salam dan cium tangan setiap kali buat salah. ๐
Saya selalu berjumpa kes masalah tingkahlaku dimana mak ayah yang
"takut" anak, takut anak nangis, takut anak sedih, takut anak marah,
takut anak mengamuk dan sebagainya. Tolong buang perasaan "takut" kepada
anak jika mahu menangani masalah tingkahlaku. Jadilah pemimpin anak,
bukan dipimpin anak. ๐ช
3. PERKATAAN KERAMAT ๐
Nak marah anak pun ada caranya. Kalau anak yang umur 2 tahun cukup
sekadar guna 1 perkataan keramat seperti "NO" sambil reaksi muka
berkerut dan suara yang tinggi sedikit tetapi bukan menjerit atau
menengking. ๐ซ
Perkataan keramat ini juga perlu dihadkan penggunaannya, hanya gunakan
semasa terdesak sahaja demi memastikan keberkesanan perkataan ini. Kalau
setakat anak minum air tumpah sikit ataupun makan tumpah sikit kita dah
marah tinggi suara sebut perkataan keramat, lama kelamaan teknik ini
dah tak berkesan. ๐
Anak bawah 3 tahun ini bila kita membebel panjang laju-laju pun mereka
tak faham, makin membebel makin mereka "mute" suara kita sebab malas nak
dengar. Maka, ckap bahasa mudah dan jelas sudah mencukupi. ๐ข
4. "CRY IT OUT" ๐ญ
Biarkan mereka menangis bila berdepan dengan keadaan di atas sebab
menangis adalah cara untuk anak luahkan perasaan. Mereka perlu belajar
terima yang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Ia dipanggil
"frustration tolerance" iaitu ketahanan anak untuk terima kekalahan.
"Frustration tolerance" sangat penting dalam perkembangan emosi dan
sosial anak contohnya semasa bermain, hubungan sosial dan sebagainya.
Biarkan anak rasa "frust" sekarang supaya mereka dapat hadapi "frust"
di masa akan datang tetapi janganlah pula berlebih-lebihan. Risau pula
saya, takut ada mak ayah gunakan alasan ini untuk membuli anak. ๐
Dalam ketegasan kita, perlu juga ada kelembutan. Penerimaan "frust"
anak juga ada tahapnya, kalau anak umur 18 bulan beri 10 minit "frust"
dah mencukupi selepas itu peluklah anak sambil nasihat jangan lakukan
perbuatan itu lagi. ๐
5. ALIHKAN PERHATIAN ๐ฆ
Sebenarnya teknik ini memang selalunya berkesan, cuma kadangkala anak
akan lupa tentang kesalahan yang dilakukan dan cenderung melakukannya
lagi. Terutamanya jika alihkan perhatian dengan gadget. Anak tak "feel"
rasa bersalah yang telah dilakukan. Tak ada minta maaf mak ayah dah
tarik perhatian dia ke arah tempat lain. ๐คฅ
6. PUJUK ๐
Kalau anak menangis sebab benda kecil, boleh dipertimbangkan kaedah
pujuk. Pujuk dengan cara peluk seluruh badan anak sambil usap-usap
kepala anak.
Tapi kalau dah sampai tahap masalah tingkahlaku
mencederakan orang lain dan diri sendiri, TAK PERLU PERTIMBANGKAN kaedah
memujuk kerana ini maksudnya masalah tingkahlaku anak dah semakin
'tebal". ๐ต
Pujuk bila anak dah reda dari tangisan dan minta anak minta maaf. Salam
dan cium tangan sebagai tanda mereka terima kesalahan yang dibuat. Masa
ini adalah masa yang paling sesuai untuk mak ayah buat "sosial story"
tentang perbuatan baik dan tak baik.
7. "BUSY BAG" ๐คน
Normal anak bawah 3 tahun memang suka bermain, bila tak dapat main
memang mereka akan meragam dan mengundang masalah tingkahlaku yang tidak
diingini. Maka, sangat penting untuk mak ayah kenalpasti punca anak
meragam. Kalau sebab nak bermain, memanjat tapi tak dapat seeloknya mak
ayah bawa bekal mainan kemana-mana. Boleh google atau cari di pinterest
untuk idea busy bag. ๐
Kesimpulannya, pokok pangkal untuk mengatasi masalah tingkahlaku adalah
mindset mak ayah untuk menjadi pendidik anak dan bukannya "dididik"
oleh anak. Tanamkan niat untuk membesarkan anak yang mendengar kata
bukannya dengan niat menghambakan anak kepada mak ayah tetapi belajar
menghambakan diri kepada Tuhan juga. ❤
Terima kasih, semoga bermanfaat. ๐
*Anak yang mempunyai masalah tingkahlaku yang serius selalunya
mempunyai masalah sensori sama juga dengan kes anak terlewat percakapan.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ini memerlukan penilaian sensori
dan tingkahlaku daripada occupational therapist bertauliah ๐
Dialu-alukan untuk LIKE, SHARE dan FOLLOW page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting berdasarkan perspektif occupational therapist.
Maryam Jamadi
Occupational Therapist
Beyond Home Therapy
copy paste
Tiada ulasan:
Catat Ulasan