11 Disember 2017

MASALAH TINGKAH LAKU ANAK2

ASSALAMUALAIKUM
 Hai korang apa habaq check macam biasa sihat alhamdullilah pipi makin kembung tp x insaf2 asyik makan ja...huhuhuhu hari ni wani nak kongsi apa yang wani baca di fb sbb wani pown ada anak yang dalam proses mcm yang di sahre ni jom sama2 kita baca dan fahami agar kita x terlepas pandang dalam mendidik anak2 insyallah

1. Pukul
2. Gigit
3. Tendang
4. Hantuk kepala
5. Baring di lantai
Diatas ini adalah contoh masalah tingkah laku yang biasa muncul sekitar umur anak 18 hingga 3 tahun.
FAHAMI FISIOLOGI ANAK
Masalah tingkahlaku memang normal bagi anak berumur 18 bulan hingga 3 tahun kerana fasa ini mereka dah ada kehendak sendiri walaupun kehendak tersebut susah nak ditunaikan dan kadangkala "merepek" seperti nak makan cicah sambal, tarik mak ayah ke pintu untuk keluar rumah di tengah malam, nak minum air panas menggelegak dan sebagainya. ๐Ÿคฃ
Sebelum ini anak cuma tahu menangis atau ketawa sahaja. Perasaan gembira, kelakar, bahagia dan geli di geletek semua diluahkan dengan cara senyum dan ketawa. Emosi yang tak "best" pula seperti lapar, haus, bosan, cemburu, sakit perut, marah atau panas diluahkan dengan cara menangis. ๐Ÿ˜ข
Mereka belum "pandai" marah lagi semasa bayi disebabkan bahasa yang terhad. Sebenarnya "pandai" marah juga adalah salah satu perkembangan emosi bagi anak ya, jangan risau. ๐Ÿ™‚
Disebabkan keterujaan dengan emosi baru iaitu marah, mereka jadi pelik dan cuba berlatih meluahkan perasaan marah seterusnya memerhati respon mak ayah. Macam "orang yang baru dapat kaki", sentiasa nak berlatih. Pantang ada "point" sikit, ada sahaja yang nak dimarahnya, sikit-sikit nak baring di lantai, sikit-sikit nak mengamuk baling barang, semua benda tak kena dan menangis tak tentu pasal.
Anak yang dulunya comel, "behave" dan penyayang, tiba-tiba jadi pemarah apabila masuk umur 18 bulan. Mereka mengalami "mood swing" kerana mereka baru sedar yang banyak cara sebenarnya nak luahkan perasaan bukannya dengan cara menangis dan ketawa. Sebab itu mereka akan cuba pelbagai cara asalkan mereka dapat apa yang dikehendaki. ๐Ÿ˜“
☡ CARA MENANGANI ☡
Ada banyak cara sebenarnya nak atasi masalah tingkahlaku sebab setiap mak ayah ada caranya tersendiri untuk mendidik anak. Dibawah ini adalah tips mengatasi masalah tingkahlaku daripada saya:
1. AUTONOMI ๐Ÿ’ช
Mak ayah perlu faham keadaan anak, cuba bayangkan kita di tempat anak di mana situasi kita di negara asing yang perlukan bantuan tetapi semua orang tak faham apa kita cakap. Puas kita menjerit dan buat pelbagai "body sign", orang lain masih buat muka "blur" dan kadang-kadang buat tak endah. Mesti rasa nak tumbuk dinding kan?
Sama juga seperti anak, mak ayah yang tidak memahami kehendak anak akan menyebabkan anak cenderung mengalami masalah tingkahlaku. Kena faham, anak umur 18 hingga 3 tahun adalah fasa autonomi vs malu/sangsi dalam perkembangan emosi dan sosial. Satu sahaja yang mereka mahukan semasa fasa ini, iaitu autonomi.
Kebebasan untuk bermain sendiri, makan sendiri, pakai baju dan seluar sendiri, pilih baju sendiri, pakai kasut sendiri, makan lauk yang mereka mahu sahaja dan sebagainya. Masa ini anak dah ada makanan kegemaran, warna kegemaran, patung kegemaran dan watak kegemaran mereka. Perlu faham situasi mereka, baru boleh bertindak dengan betul.
Jangan sesekali menghukum sebelum menyiasat kerana ia akan menyebabkan anak menjadi malu/sangsi tak ada keyakinan diri kelak. ๐Ÿ˜ฅ
Anak yang lewat bercakap selalunya mempunyai masalah tingkah kerana sukar beritahu mak ayah kehendaknya ataupun lua
2. MINDSET ๐ŸŒ
Walau cuba pelbagai cara, mindset mak ayah masih tak ke jalan yang benar memang semuanya tak akan jadi. Mak ayah perlu tegas yang "NO MEANS NO" semasa menangani tingkahlaku yang tidak diingini.
Contoh situasi:
A) Anak mengamuk tak mahu kemas mainan walaupun sudah pandai kemas, semakin disuruh semakin mengamuk baling mainan. ๐Ÿ˜ก
Kalau sekali mak ayah layankan amukan anak, disuakan handphone, dipeluk, dibuatnya muka kesian malah siap cakap "sorry" dengan anak. Maka, maksudnya mak ayah dah di "manipulate' dengan anak. Lain kali bila berdepan dengan situasi sama, anak akan buat "trick" sama dan benda ini akan berulang sampai anak jadi "kebal" tak kemas mainan.
Ditambah lagi bila ada "penyelamat dunia", lagilah anak bertambah "kebal" tak kemas mainan. Mereka akan letak mindset yang "aku tak salah, mama papa yang salah". Bila anak dah mindset sebegitu dari umur 18 bulan, cuba bayangkan betapa "kebal"nya anak bila dah umur 5 tahun kelak. ๐Ÿค”
B ) Anak baring di lantai atau pukul apabila tak dapat apa yang dia nak.
Abaikan dia, jangan dipujuk, jangan dipandang atau dialihkan perhatian kerana anak akan belajar dan mindset yang "kalau nak sesuatu, baring di lantai/pukul". Maka, situasi ini akan berulang dan berulang lagi. Apabila anak dah reda dan bangun, beritahu yang perbuatannya salah. Mulakan seawal anak "belajar" cara sebegini bagi membendung masalah tingkahlaku yang semakin serius.
Untuk mengatasi masalah tingkahlaku anak, mak ayah perlu mindset "Kita tak salah, anak yang salah" dan "kita yang bentuk dia, bukan dia bentuk kita". Jika betul anak buat salah, tak perlu buat muka kesian atau sedih dan tak perlu cakap "sorry" sebaliknya ajar anak minta maaf. Kalau belum pandai sebut "sorry", ajar anak salam dan cium tangan setiap kali buat salah. ๐Ÿ˜Š
Saya selalu berjumpa kes masalah tingkahlaku dimana mak ayah yang "takut" anak, takut anak nangis, takut anak sedih, takut anak marah, takut anak mengamuk dan sebagainya. Tolong buang perasaan "takut" kepada anak jika mahu menangani masalah tingkahlaku. Jadilah pemimpin anak, bukan dipimpin anak. ๐Ÿ’ช
3. PERKATAAN KERAMAT ๐Ÿ†
Nak marah anak pun ada caranya. Kalau anak yang umur 2 tahun cukup sekadar guna 1 perkataan keramat seperti "NO" sambil reaksi muka berkerut dan suara yang tinggi sedikit tetapi bukan menjerit atau menengking. ๐Ÿšซ
Perkataan keramat ini juga perlu dihadkan penggunaannya, hanya gunakan semasa terdesak sahaja demi memastikan keberkesanan perkataan ini. Kalau setakat anak minum air tumpah sikit ataupun makan tumpah sikit kita dah marah tinggi suara sebut perkataan keramat, lama kelamaan teknik ini dah tak berkesan. ๐Ÿ˜…
Anak bawah 3 tahun ini bila kita membebel panjang laju-laju pun mereka tak faham, makin membebel makin mereka "mute" suara kita sebab malas nak dengar. Maka, ckap bahasa mudah dan jelas sudah mencukupi. ๐Ÿ“ข
4. "CRY IT OUT" ๐Ÿ˜ญ
Biarkan mereka menangis bila berdepan dengan keadaan di atas sebab menangis adalah cara untuk anak luahkan perasaan. Mereka perlu belajar terima yang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Ia dipanggil "frustration tolerance" iaitu ketahanan anak untuk terima kekalahan. "Frustration tolerance" sangat penting dalam perkembangan emosi dan sosial anak contohnya semasa bermain, hubungan sosial dan sebagainya.
Biarkan anak rasa "frust" sekarang supaya mereka dapat hadapi "frust" di masa akan datang tetapi janganlah pula berlebih-lebihan. Risau pula saya, takut ada mak ayah gunakan alasan ini untuk membuli anak. ๐Ÿ˜…
Dalam ketegasan kita, perlu juga ada kelembutan. Penerimaan "frust" anak juga ada tahapnya, kalau anak umur 18 bulan beri 10 minit "frust" dah mencukupi selepas itu peluklah anak sambil nasihat jangan lakukan perbuatan itu lagi. ๐Ÿ™‚
5. ALIHKAN PERHATIAN ๐Ÿฆ
Sebenarnya teknik ini memang selalunya berkesan, cuma kadangkala anak akan lupa tentang kesalahan yang dilakukan dan cenderung melakukannya lagi. Terutamanya jika alihkan perhatian dengan gadget. Anak tak "feel" rasa bersalah yang telah dilakukan. Tak ada minta maaf mak ayah dah tarik perhatian dia ke arah tempat lain. ๐Ÿคฅ
6. PUJUK ๐ŸŽ
Kalau anak menangis sebab benda kecil, boleh dipertimbangkan kaedah pujuk. Pujuk dengan cara peluk seluruh badan anak sambil usap-usap kepala anak.
Tapi kalau dah sampai tahap masalah tingkahlaku mencederakan orang lain dan diri sendiri, TAK PERLU PERTIMBANGKAN kaedah memujuk kerana ini maksudnya masalah tingkahlaku anak dah semakin 'tebal". ๐Ÿ˜ต
Pujuk bila anak dah reda dari tangisan dan minta anak minta maaf. Salam dan cium tangan sebagai tanda mereka terima kesalahan yang dibuat. Masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk mak ayah buat "sosial story" tentang perbuatan baik dan tak baik.
7. "BUSY BAG" ๐Ÿคน
Normal anak bawah 3 tahun memang suka bermain, bila tak dapat main memang mereka akan meragam dan mengundang masalah tingkahlaku yang tidak diingini. Maka, sangat penting untuk mak ayah kenalpasti punca anak meragam. Kalau sebab nak bermain, memanjat tapi tak dapat seeloknya mak ayah bawa bekal mainan kemana-mana. Boleh google atau cari di pinterest untuk idea busy bag. ๐Ÿ˜
Kesimpulannya, pokok pangkal untuk mengatasi masalah tingkahlaku adalah mindset mak ayah untuk menjadi pendidik anak dan bukannya "dididik" oleh anak. Tanamkan niat untuk membesarkan anak yang mendengar kata bukannya dengan niat menghambakan anak kepada mak ayah tetapi belajar menghambakan diri kepada Tuhan juga.
Terima kasih, semoga bermanfaat. ๐Ÿ˜Š
*Anak yang mempunyai masalah tingkahlaku yang serius selalunya mempunyai masalah sensori sama juga dengan kes anak terlewat percakapan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ini memerlukan penilaian sensori dan tingkahlaku daripada occupational therapist bertauliah ๐Ÿ“‘
Dialu-alukan untuk LIKE, SHARE dan FOLLOW page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting berdasarkan perspektif occupational therapist.
Maryam Jamadi
Occupational Therapist
Beyond Home Therapy

copy paste
Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

6 Disember 2017

ostematrix shaklee

assalamualaikum hai semua alamak berhabuk blog kita,,,lama beno x update kita bukan malas tp x tahu la faktor usia maybe hahahahaahhaha x da idea .....saja la hari ni nk kongsi pengalaman ngn uoolls,korang pernah dengar tak product shaklee,,,,aku agen sah shaklee tau heee sapa2 nak dapatkan apa2 suplemant nk kurus nak cantik nak mengandung nak pantang boleh contact aku okk...aku pasti korang puas hati dengan layanan aku hehehhehehe...

hari ni aku nak kongsi pengalaman aku sebagai pengguna salah satu product shaklee sampai aku tertarik hati nk join ahli n nk kongsikan dengan korang lepas hampir 3 tahun aku makan ostematrik ni....mcm mana aku boleh knal dengan ostematrix ni...cerita dia mcm ni...masa aku dalam pantang kakak tasnim ...ok2 kakak tasnim anak sulung aku no dua amani hehehhehe...masa dalam pantng tu kan aku mmg kna sembelit yang amat teruk bukan biasa2 ok yang teruk tahap tah teruk sangat la masa tu dah la aku kna gunting korang2 pham2 sendiri la mcm mana siksanya aku masa tu....pastu kawan aku linda ckp try ostematrix shaklee mmg x da sembelit aku was2 jg masa tu takut kang bli x jadi apa2....tp kuatkan hati beli juga...aku makan terus 4 biji esok nya ya allah mmg x da dah oiiii sembelit badan aku pown segar bugar....mmg lepas tu aku terus ja makan tp sehari 2 biji ja la....eh tp aku persan susu pown bnyak tau :).....

9 bulan lepas tu aku mengandung lagi...ni terexident tp aku terima ja rezeki allah...amani sekrng pown dah 1 tahun heheehhe besar dah anak mama...ok2 sambung masa aku dapat tau mengandung tasnim dah xnk susu badan x tau la maybe x sedap ka apa aku x tau...pastu aku mengandung ke dua ni mmg aku malas oiii nk makan ubat ka suplement ka mmg malas tahap apa tah dalam hati risau ya la asid folic x makan kan....mengandung 5 bulan terus aku bt detile scan alhamdullilah baby semua ok..masa tu mmg aku x mkn ostermatrix ni sbb aku malas kan....masuk 7 bln perut dah besaq tiap malam wajib tarik mengakarunng meraung aku ensyafiq melompat bangun aku aku kna tarik mengkarung hhahahahah orng sini ckp (simpul biawak kod....korang faham kan...lpas tu dah x larat aku nk tangung kesakitan itu badan pown sakit2...aku gagahkan diri ambil balik ostematrix lpas tu ya allah x kna lagi korang.....badan pown x sakit2 dah...ya la bila ko ngandung anak pertama ko balik kerja baring ja...bila ko ngndung anak ke2 x dapek ya semua tu,,,mmg ko kna ambik lebih suplemt....pastu sekrng bila dah ada 2 orng anak ni mmg wajib la aku ambik setiap hari...bangun ja tido segar badan alhamdullilah

eh bukan untuk orng mengandung ja tau ostematrix ni semua orng bollh ambllll....insyallah

meh kita tengok kebaikan ostemetrix

APA ITU OSTEMATRIX SHAKLEE??

OSTEMATRIX adalah Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dar i Laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

APAKAH FUNGSI OSTEMATRIX SHAKLEE

1.Menguatkan tulang – Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, Osteomalacia (Rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2.Memperbaik kejangan dan kebas-kebas – pengambilan 600mg Kalsium sebelum tidur akan memperbaik kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
3.Meringankan stress – ia mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf;menggalakkan tidur selesa; memperbaik jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress.
4.Memperbaik depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
5.Memperbaik masalah haid – kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg Kalsium dan Magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
6.Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkali dan ia berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti pada umur tua. tambahan pula kalsium membantu sel meyerap nutrien dan 7.merangsang detoksifikasi Memperbaik hiperktiviti perut dan sakit gastrik

SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX

-ibu yang menyusu
-ibu mengandung
– sakit sakit sendi
-sering kekejangan otot
-sembelit
-buasir
-ibu yang dalam pantang
-senggugut
-sakit kepala ,migrain dan stress

APAKAH SIMPTOM KEKURANGAN

-insomnia
-ketidakseimbangan emosi
-sistem imun yang lemah
-kelesuan
-kerosakan gigi dan tulang
-kitaran haid yang tidak teratur,senggugut
-anemia
-kekejangan otot,kebas kebas,
-kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya


ok banyak kan kebaikan dia,,,apa lagi jom la try uolls  apa2 wassup cikpnwaniee ya 0195110352....
tata assalamualaikum


Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by CiK WANIEE