Tanggal 3 feb 2019 cik viva dah tinggalkan aku,bukan aku tak sayang tapi aku perlu lepaskan untuk dapat kan yang terbaik untuk keluarga kecil aku,
aku beli cik viva masa aku baru setahun kerja,masa tu takda lesen kereta gigih ambil sebab nak beli kereta,tengok orang ada kereta aku pon nak jiwa muda,walaupon masa tu gaji tak seberapa
ingat la masa apply loan bank coll untuk interview minta penjamin aku cakap maaf en saya tak da penjamin,bank pon tak cakap apa tetiba sehari selepas tu selesmen kereta coll cakap pinjaman dah lulus esok lusa lepas sains agrement boleh datang ambil kereta,mudah sangat miliki kamu,perasaan kali pertama nampak kamu rasa nak nagis teharu sangat2 kereta yang diidamkan dah jadi hak milik
bebekalkan baru seminggu past lesen memandu aku gagah juga bawa walaupon ketaq lutut hahahaha
hari ke sehari,ke bulan ke tahun suami aku dapat kerja kat negeri sembilan,baru la boleh bawa kau jumpa mak ayah aku kat kampung kalo tak memang tak berani la acik bawa kau balik kampung,
beberapa tahun lepas tu aku khawin kau la kenderaan aku ke sana sini,nak beranak tengah malam semua kau la,kau memang terbaik bagi servis tiptop,tak pernah buat perangai
tanggal tahun 2018 kau mula buat peragai tp bukan engin tapi bahagian tayar,bila balik jauh agak dah tak sesuai,keputusan aku buat ni berat tapi terpaksa sebab aku takkan mampu menjaga 2 benda yang aku sayang.aku lepaskan kau,tapi aku tau kau akan lebih bahagia dengan tuan baru,kau tak kan penat lagi berjalan jauh hingga beratus km,
sampai sekarang aku tak boleh moveon lagi dengan pemergian kau,aku masih terbayang kau,pernah satu hari aku tesalah buka pintu kereta orang lain sbb dia pon putih mcm kau,huhuhuuh sumpah sedih
selamat tinggal sayang.terima kasih kau sangat berjasa pada aku dan keluargaku...WWD sentiasa dalam hati walaupon bukan milik ku lagi.