6 Ogos 2019

Bila

Bila rasa sesuatu tak puas hati tapi kau tak dapat lepaskan,tak dapat cakap demi menjaga hati orang lain,tapi orang lain tak jaga pon hati kita,korang pernah tak rasa mcm tu,
Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

22 April 2019

susu kurma

sebagai seorang yang tidak suka minum susu tapi suka tepengaruh dengan iklan,cerita dia bermula dulu aku suka beli susu kurma  farm fresh sebab kononnya minum susu kurma , susu badan bertambah,yang ni aku tak tahu la bertambah ker tak sebab aku memang jenis banyak susu makan pi la apa pun memang susu tu ada...bila  minum rasa sedap tapi harga agak mahal pastu kau kena habiskan cepat sebab lama2 masam,jadi malas pula kat situ kena paksa minum aku kan jenis minum sikit2
 ok lepas tu pengaruh lagi aku cuba susu goodday pula,yang aku rasa macam lagi sedap ,lagi pon dia boleh tahan bnyak hari kan aku suka beli yang 6 kotak tu so sekali minum sekotak,,harga murah sikit la dari susu fram frash ,nama pon freash mesti la mahal kan

lepas tu susu kurma dutch lady pula yang ni pengaruh tv juga ni sedangkan aku bukan minat nak minum susu pon,rasa dia aku pilih lagi good day n farm freash. maybe sbb ni paling murah tu rasa dia kurang,rasa tak segar tapi kalo bulan puasa ni nak minum masa sahur ok ja kan.lagi pon tahan lama,mcm farm freash ko kena  minum bagi habis dalam masa 2 hari gitu.kotak dia pon cantik i suka hehehehehhe




Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

8 Februari 2019

selamat tinggal cik viva

assalamualaikum semua,lama jari nie tak menaip di sini,hari ni rasa nak catatkan sesuatu yang akan aku ingat sampai bila-bila

Tanggal 3 feb 2019 cik viva dah tinggalkan aku,bukan aku tak sayang tapi aku perlu lepaskan untuk dapat kan yang terbaik untuk keluarga kecil aku,
aku beli cik viva masa aku baru setahun kerja,masa tu takda lesen kereta gigih ambil sebab nak beli kereta,tengok orang ada kereta aku pon nak jiwa muda,walaupon masa tu gaji tak seberapa

ingat la masa apply loan bank coll untuk interview minta penjamin aku cakap maaf en saya tak da penjamin,bank pon tak cakap apa tetiba sehari selepas tu selesmen kereta coll cakap pinjaman dah lulus esok lusa lepas sains agrement boleh datang ambil kereta,mudah sangat miliki kamu,perasaan kali pertama nampak kamu rasa nak nagis teharu sangat2 kereta yang diidamkan dah jadi hak milik

bebekalkan baru seminggu past lesen memandu aku gagah juga bawa walaupon ketaq lutut hahahaha
hari ke sehari,ke bulan ke tahun suami aku dapat kerja kat negeri sembilan,baru la boleh bawa kau jumpa mak ayah aku kat kampung kalo tak memang tak berani la acik bawa kau balik kampung,
beberapa tahun lepas tu aku khawin kau la kenderaan aku ke sana sini,nak beranak tengah malam semua kau la,kau memang terbaik bagi servis tiptop,tak pernah buat perangai

tanggal tahun 2018 kau mula buat peragai tp bukan engin tapi bahagian tayar,bila balik jauh agak dah tak sesuai,keputusan aku buat ni berat tapi terpaksa sebab aku takkan mampu menjaga 2 benda yang aku sayang.aku lepaskan kau,tapi aku tau kau akan lebih bahagia dengan tuan baru,kau tak kan penat lagi berjalan jauh hingga beratus km,

sampai sekarang aku tak boleh moveon lagi dengan pemergian kau,aku masih terbayang kau,pernah satu hari aku tesalah buka pintu kereta orang lain sbb dia pon putih mcm kau,huhuhuuh sumpah sedih

selamat tinggal sayang.terima kasih kau sangat berjasa pada aku dan keluargaku...WWD sentiasa dalam hati walaupon bukan milik ku lagi.
Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

8 Ogos 2018

rawatan masaalah kulit kepala

Assalamualaikum

SHAMPOO RUMPAI LAUT
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขTengah VIRAL sekarang ni.๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข
.
Ada kuasa menthol 7 kali ganda.
Memang sejuk kulit kepala.
Hilang gatal. Hilang migraine terus.
Kesan hanya SEKALI penggunaan.
.
Sapa yg wajib cuba?
 Rambut Gugur
 Masalah kulit kepala berkuping
 Kelemumur macam snow
 Rambut hapak bertudung kepam
.
MummyCool Shampoo...
Lelaki Perempuan bleh ambik.
Malu le salji banyak atas kepala kak oi.
Garu sana.. garu sini..
.
Gila bestttt.. ๐Ÿ‘
.
ORDER SEKARANG
.
klik sini: www.wasap.my/60195110352/mummyCool









Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

6 Ogos 2018

kakak wanie kembali

assalamualaikum semua

Lama sangat kakak wanie tak menulis meluah perasaan kat blog ni
kadang2 rasa nak sangat2 tulis macam-macam cerita macam2 tapi bila
buka ja tak tahu nak tulis apa
oke mulai saat ini kakak janji tulis satu hari satu entri janji :)

hari ni nak cerita apa ya okey kakak cerita pasal diri kakak dulu la
konon2 macam comeback gitu
nama penuh kakak Siti Shazwani kat kampung sedara sepapat belah kakak panggil SITI
kat rumah semua panggil KAK ja
kat Keluarga sebelah mertua semua coll me WANIE
Kawan2 sekolah kawan2 ikm kawan2 usim semua panggil Wanie:)
Korang kawan2 blog coll me kakak wanie ok heheheh

umur dirahsia kan tapi masih muda remaja gitu
dah berkhawin
anak sudah dua
no 1 nur aina tasnim
no 2 annur amani
jangan di tanya bila nak beranak anak lelaki pula

kakak orang Kedah yang dah menepat di Nilai selama lebih kurang
8 Tahun,tapi kakak tak pandai cakap nismilan tetap cakap Kedah
walaupown kawan2 kakak suka ejek2 pi tambah semua Q Kat belakang kojaq btoi
hahahahahaha

ramai orang cakap muka kakak ni sombong garang takut nak tegur
memang pown tak kenal makan tak cinta kakak ni peramah tau
happy sokmo kakak susah nak tunjuk kakak ada masaalah sedangkan
dalam kepala serabut macam2 hehehe takpa kakak jenis serabut kejab ja
dapat makan ok la.

suka menimati keindahan alam suka pergi tepi laut sungai taman
kalau cuti2 dapat ronda2 dalam kereta pown jadi la
sebab tu la kerab ke pd
orang selalu tanya bt apa la ke pd tengok laut la tenang luas
harap rezeki akak dan semua keluarga kawan2 luas macam laut juga

telalu suka makan laksa dan selalu takboleh terima makanan negeri orang
kakak selalu kena marah sebab ngejek tempe telur kicap hahahah
kakak memang x makan tempe dah cuba tapi tak boleh
laksa kedah ja tau kalau orang sini buat tak kena tekak
jangan marah ah

ok nie la kisah diri saya yang pelik tapi benar
heheheh esok kakak wanie update lagi
uolls follow yer sayang korang bye :)

xoxo
kakakwanie



Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

2 Mei 2018

Terasa hati

pernah tak korang terasa hati ,mesti pernahkan
aku ni sejenis manusia yang susah nak tersa hati dan ambik kisah
apa orang nak cakap kecuali orang yang aku sangat-sangat sayang

bila aku dah terasa hati aku rasa macam diperbodohkan,
bila aku susah pastu orang gelakan aku,aku rasa down sangat
bila aku rasa down aku mula stress dan terfikir fikir

untuk tidak membuatkan aku terfikir fikir
aku akan menyendiri biarlah aku macam ni
kalau aku dekat pown orang tak rasa aku ni wujud
orang tak rasa hormat kat aku

maruah aku orang pijak
aku taip ni aku nak luahkan ja
kan kalo aku simpan ada juga terjun jabatan peneng heehhehe (xla nk bt mcm tu)
aku masih ada fikiran yang waras ada anak2 yang comel dan suami yg sayang aku

susah senang aku ada dia,
kalau sekarang kita susah insyaalah janji allah bila kita usaha kita minta kat dia
kita senang nanti
rezeki anak-anak luas

aku maafkan semua orang yang bt aku terasa hati
buat aku sedih
buat aku mimpi mimpi
hehehehehehe

sucikan hati sucikan diri

catatat bloger sendu
mama waniee anak 2
Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

28 Mac 2018

penawar sakit lutut

ASSALAMUALAIKUM semua sihat ka..waniee sihat alhamdullilah...korang mak ayah korang nenek korang ada x masaalah ni

waniee mencari WANITA dan LELAKI yang tersiksa sakit
1. Lutut longgar, berbunyi
2. Lutut tidak boleh bengkok atau lurus
3. Lutut bengkak
4. Kebas-kebas kaki
5. Sakit tumit
6. Sakit pinggang hingga menyebabkan tapak kaki dan betis rasa tegang.
Ramai dah berjaya pulih. Jom bantu insan tersayang yang menderita sakit selama ini.
Pastinya mereka gembira dapat:
Solat dengan sempurna
Berjalan jauh tanpa guna tongkat
Naik tangga turun tangga tanpa sakit
Tiada lagi kebas2
Tinggalkan no. wassap
Atau boleh klik link di bawah ni untuk wasap terus waniee

ni orang2 yang dah cuba dan berjaya wassap ,wanie tau




Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

7 Mac 2018

pasang surut kehidupan

ada masa kita gembira ada masa kita sedih itu biasa sebagai manusia biasa...mcm aku kadang2 aku boleh jadi emo marah pada manusia2 yg aku x suka...tp sekelip mata aku boleh memaafkan mereka...yes kita kena memaafkan orang supaya hati kkita senang....positifkan diri fikir benda baik2...halalkan redha apa kita dah buat insyaallah allah bagi ganjaran besar....








#coretancikpnwanieeyggojes :)

Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

6 Mac 2018

im back

assalamualaikum hai korang lama sangat hakak x bersiran di dalam dunia blog suam2 kuku kakak ni...heeeee korang sihat ada ka orng baca blog aku ni....x baca siap la penat aku taip ok....hurmmmm ok kehidupan aku mcm biasa la uruskan 2 orng anak yg sel2 otok tengh ligat berhubung...penat hurmmm mmg penat tp acik bahagia acik seronok....bahgia sbb allah kurniakan hakak 2 anak perempuan yg comel hehehehe matila nak puji anak sendiri,,,,biar lah 9 bulan kakak mengandungkan diorng 44 hari berpantng yg betul2 ikut pantng melayu...jng nk ingkar mak aku mmg jd singa la hahahahaha.... berbalik pada 2 orng anak hakak yg comel tu....kakak tasnim dah nak masuk 3 tahun kejab ja kan rasa mcm baru ja mengada ngada masa mengandung dia maklum la anak sulung husben layan ja ko nak apa...kalo malam2 kna tarik mengkarung dia la lompat bangun picit kaki aku ahhahahahahaha best mcm puteri uolls...eh tp masa anak no 2 pown sama jg dia layan aku tp ada la kurang sikit...sikit ja ...kakak tasnim sekrng dah besar dia aku nampak sorang yg penyayang lemah lembut hati dia cepat tersentuh kalo aku marah atau cubit dia melalak sungguh2 kakak pandai ambik hati...ada 1 cerita 1 hari tu aku letih sangt...aku telelap aku perasan dia x bg adik dia kacau aku dia kata mama ngantuk hahahahahha...pastu sabtu lepas electrik x da kat rumah aku ni kalo panas habis gatal2 badan so aku siapkan 2 ketul tu n aku suruh la kakaknim kejut abahnya...boleh dia ckp x nak abah demam hahahahah...:P kakak ooo kakak.....adik pula dah nak masuk 1 tahun 4 bln dah...kejab juga adik ni besaq dulu masa baby rambut pacak2 budak ni...muka mcm lelaki...aku x da la mengidam anak lelaki pown sbb masa 5 bln aku dah tau dia baby girls...lagi pown aku mmg dah niat aku nk beranak no 1 n 2 rapat sbb aku nk diorng berkawan rapat...sbb aku dulu kan x da kakak ada abang so aku x da kawan...aku jeles tengok kawan2 aku ada kakak n bekawan rapat ngn kakak...yes aku ada adik perempuan tp jauh uolls beza umo kitaorng 6 tahun..so mcm x best hahahaha boleh  x gitu :P ....ok adik ni aku nampak dia x manja dia x heran pown kalo aku cubit dia...kalo kakak mengis dia selalu pujuk n ckp la dlam bahasa dia..konon2 nak habaq la kod kakak mengada kuat nagis hahahaha.....

Dua ketoi ni mmg dah jd bff la sekrng kalo bab sepahkan rumah hurmmmm aku biar ja sbb kadang2 aku sendiri rasa penat ...nnti abah balik n dia x mampu tngok dia kemas la...dalam bff tu kuat gaduh jg suka berebut brng...kalo beli apa2 kena 2 sbb kakak x kn bg kat adik sbb dia ckp dia punya...biasa la kakak kan hehehhehehehe.....

eh tecerita pasal anak2 pula ala x pa la bila lagi nk cerita kan korang baca ja la...k la jumpa lagi esok nnti aku update lagi korang support la blog aku ni hahahahahaha bye semua terima la gambar 2 ketoi anak aku yg comel ni hahahahahahha comel tu mewarisi mamanya yg comel :P x payah la bebeh mulut sambil baca tu hahahahahhaha


#kalotypotupaham2jalaakumalascheckbalik

Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

11 Disember 2017

MASALAH TINGKAH LAKU ANAK2

ASSALAMUALAIKUM
 Hai korang apa habaq check macam biasa sihat alhamdullilah pipi makin kembung tp x insaf2 asyik makan ja...huhuhuhu hari ni wani nak kongsi apa yang wani baca di fb sbb wani pown ada anak yang dalam proses mcm yang di sahre ni jom sama2 kita baca dan fahami agar kita x terlepas pandang dalam mendidik anak2 insyallah

1. Pukul
2. Gigit
3. Tendang
4. Hantuk kepala
5. Baring di lantai
Diatas ini adalah contoh masalah tingkah laku yang biasa muncul sekitar umur anak 18 hingga 3 tahun.
FAHAMI FISIOLOGI ANAK
Masalah tingkahlaku memang normal bagi anak berumur 18 bulan hingga 3 tahun kerana fasa ini mereka dah ada kehendak sendiri walaupun kehendak tersebut susah nak ditunaikan dan kadangkala "merepek" seperti nak makan cicah sambal, tarik mak ayah ke pintu untuk keluar rumah di tengah malam, nak minum air panas menggelegak dan sebagainya. ๐Ÿคฃ
Sebelum ini anak cuma tahu menangis atau ketawa sahaja. Perasaan gembira, kelakar, bahagia dan geli di geletek semua diluahkan dengan cara senyum dan ketawa. Emosi yang tak "best" pula seperti lapar, haus, bosan, cemburu, sakit perut, marah atau panas diluahkan dengan cara menangis. ๐Ÿ˜ข
Mereka belum "pandai" marah lagi semasa bayi disebabkan bahasa yang terhad. Sebenarnya "pandai" marah juga adalah salah satu perkembangan emosi bagi anak ya, jangan risau. ๐Ÿ™‚
Disebabkan keterujaan dengan emosi baru iaitu marah, mereka jadi pelik dan cuba berlatih meluahkan perasaan marah seterusnya memerhati respon mak ayah. Macam "orang yang baru dapat kaki", sentiasa nak berlatih. Pantang ada "point" sikit, ada sahaja yang nak dimarahnya, sikit-sikit nak baring di lantai, sikit-sikit nak mengamuk baling barang, semua benda tak kena dan menangis tak tentu pasal.
Anak yang dulunya comel, "behave" dan penyayang, tiba-tiba jadi pemarah apabila masuk umur 18 bulan. Mereka mengalami "mood swing" kerana mereka baru sedar yang banyak cara sebenarnya nak luahkan perasaan bukannya dengan cara menangis dan ketawa. Sebab itu mereka akan cuba pelbagai cara asalkan mereka dapat apa yang dikehendaki. ๐Ÿ˜“
☡ CARA MENANGANI ☡
Ada banyak cara sebenarnya nak atasi masalah tingkahlaku sebab setiap mak ayah ada caranya tersendiri untuk mendidik anak. Dibawah ini adalah tips mengatasi masalah tingkahlaku daripada saya:
1. AUTONOMI ๐Ÿ’ช
Mak ayah perlu faham keadaan anak, cuba bayangkan kita di tempat anak di mana situasi kita di negara asing yang perlukan bantuan tetapi semua orang tak faham apa kita cakap. Puas kita menjerit dan buat pelbagai "body sign", orang lain masih buat muka "blur" dan kadang-kadang buat tak endah. Mesti rasa nak tumbuk dinding kan?
Sama juga seperti anak, mak ayah yang tidak memahami kehendak anak akan menyebabkan anak cenderung mengalami masalah tingkahlaku. Kena faham, anak umur 18 hingga 3 tahun adalah fasa autonomi vs malu/sangsi dalam perkembangan emosi dan sosial. Satu sahaja yang mereka mahukan semasa fasa ini, iaitu autonomi.
Kebebasan untuk bermain sendiri, makan sendiri, pakai baju dan seluar sendiri, pilih baju sendiri, pakai kasut sendiri, makan lauk yang mereka mahu sahaja dan sebagainya. Masa ini anak dah ada makanan kegemaran, warna kegemaran, patung kegemaran dan watak kegemaran mereka. Perlu faham situasi mereka, baru boleh bertindak dengan betul.
Jangan sesekali menghukum sebelum menyiasat kerana ia akan menyebabkan anak menjadi malu/sangsi tak ada keyakinan diri kelak. ๐Ÿ˜ฅ
Anak yang lewat bercakap selalunya mempunyai masalah tingkah kerana sukar beritahu mak ayah kehendaknya ataupun lua
2. MINDSET ๐ŸŒ
Walau cuba pelbagai cara, mindset mak ayah masih tak ke jalan yang benar memang semuanya tak akan jadi. Mak ayah perlu tegas yang "NO MEANS NO" semasa menangani tingkahlaku yang tidak diingini.
Contoh situasi:
A) Anak mengamuk tak mahu kemas mainan walaupun sudah pandai kemas, semakin disuruh semakin mengamuk baling mainan. ๐Ÿ˜ก
Kalau sekali mak ayah layankan amukan anak, disuakan handphone, dipeluk, dibuatnya muka kesian malah siap cakap "sorry" dengan anak. Maka, maksudnya mak ayah dah di "manipulate' dengan anak. Lain kali bila berdepan dengan situasi sama, anak akan buat "trick" sama dan benda ini akan berulang sampai anak jadi "kebal" tak kemas mainan.
Ditambah lagi bila ada "penyelamat dunia", lagilah anak bertambah "kebal" tak kemas mainan. Mereka akan letak mindset yang "aku tak salah, mama papa yang salah". Bila anak dah mindset sebegitu dari umur 18 bulan, cuba bayangkan betapa "kebal"nya anak bila dah umur 5 tahun kelak. ๐Ÿค”
B ) Anak baring di lantai atau pukul apabila tak dapat apa yang dia nak.
Abaikan dia, jangan dipujuk, jangan dipandang atau dialihkan perhatian kerana anak akan belajar dan mindset yang "kalau nak sesuatu, baring di lantai/pukul". Maka, situasi ini akan berulang dan berulang lagi. Apabila anak dah reda dan bangun, beritahu yang perbuatannya salah. Mulakan seawal anak "belajar" cara sebegini bagi membendung masalah tingkahlaku yang semakin serius.
Untuk mengatasi masalah tingkahlaku anak, mak ayah perlu mindset "Kita tak salah, anak yang salah" dan "kita yang bentuk dia, bukan dia bentuk kita". Jika betul anak buat salah, tak perlu buat muka kesian atau sedih dan tak perlu cakap "sorry" sebaliknya ajar anak minta maaf. Kalau belum pandai sebut "sorry", ajar anak salam dan cium tangan setiap kali buat salah. ๐Ÿ˜Š
Saya selalu berjumpa kes masalah tingkahlaku dimana mak ayah yang "takut" anak, takut anak nangis, takut anak sedih, takut anak marah, takut anak mengamuk dan sebagainya. Tolong buang perasaan "takut" kepada anak jika mahu menangani masalah tingkahlaku. Jadilah pemimpin anak, bukan dipimpin anak. ๐Ÿ’ช
3. PERKATAAN KERAMAT ๐Ÿ†
Nak marah anak pun ada caranya. Kalau anak yang umur 2 tahun cukup sekadar guna 1 perkataan keramat seperti "NO" sambil reaksi muka berkerut dan suara yang tinggi sedikit tetapi bukan menjerit atau menengking. ๐Ÿšซ
Perkataan keramat ini juga perlu dihadkan penggunaannya, hanya gunakan semasa terdesak sahaja demi memastikan keberkesanan perkataan ini. Kalau setakat anak minum air tumpah sikit ataupun makan tumpah sikit kita dah marah tinggi suara sebut perkataan keramat, lama kelamaan teknik ini dah tak berkesan. ๐Ÿ˜…
Anak bawah 3 tahun ini bila kita membebel panjang laju-laju pun mereka tak faham, makin membebel makin mereka "mute" suara kita sebab malas nak dengar. Maka, ckap bahasa mudah dan jelas sudah mencukupi. ๐Ÿ“ข
4. "CRY IT OUT" ๐Ÿ˜ญ
Biarkan mereka menangis bila berdepan dengan keadaan di atas sebab menangis adalah cara untuk anak luahkan perasaan. Mereka perlu belajar terima yang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Ia dipanggil "frustration tolerance" iaitu ketahanan anak untuk terima kekalahan. "Frustration tolerance" sangat penting dalam perkembangan emosi dan sosial anak contohnya semasa bermain, hubungan sosial dan sebagainya.
Biarkan anak rasa "frust" sekarang supaya mereka dapat hadapi "frust" di masa akan datang tetapi janganlah pula berlebih-lebihan. Risau pula saya, takut ada mak ayah gunakan alasan ini untuk membuli anak. ๐Ÿ˜…
Dalam ketegasan kita, perlu juga ada kelembutan. Penerimaan "frust" anak juga ada tahapnya, kalau anak umur 18 bulan beri 10 minit "frust" dah mencukupi selepas itu peluklah anak sambil nasihat jangan lakukan perbuatan itu lagi. ๐Ÿ™‚
5. ALIHKAN PERHATIAN ๐Ÿฆ
Sebenarnya teknik ini memang selalunya berkesan, cuma kadangkala anak akan lupa tentang kesalahan yang dilakukan dan cenderung melakukannya lagi. Terutamanya jika alihkan perhatian dengan gadget. Anak tak "feel" rasa bersalah yang telah dilakukan. Tak ada minta maaf mak ayah dah tarik perhatian dia ke arah tempat lain. ๐Ÿคฅ
6. PUJUK ๐ŸŽ
Kalau anak menangis sebab benda kecil, boleh dipertimbangkan kaedah pujuk. Pujuk dengan cara peluk seluruh badan anak sambil usap-usap kepala anak.
Tapi kalau dah sampai tahap masalah tingkahlaku mencederakan orang lain dan diri sendiri, TAK PERLU PERTIMBANGKAN kaedah memujuk kerana ini maksudnya masalah tingkahlaku anak dah semakin 'tebal". ๐Ÿ˜ต
Pujuk bila anak dah reda dari tangisan dan minta anak minta maaf. Salam dan cium tangan sebagai tanda mereka terima kesalahan yang dibuat. Masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk mak ayah buat "sosial story" tentang perbuatan baik dan tak baik.
7. "BUSY BAG" ๐Ÿคน
Normal anak bawah 3 tahun memang suka bermain, bila tak dapat main memang mereka akan meragam dan mengundang masalah tingkahlaku yang tidak diingini. Maka, sangat penting untuk mak ayah kenalpasti punca anak meragam. Kalau sebab nak bermain, memanjat tapi tak dapat seeloknya mak ayah bawa bekal mainan kemana-mana. Boleh google atau cari di pinterest untuk idea busy bag. ๐Ÿ˜
Kesimpulannya, pokok pangkal untuk mengatasi masalah tingkahlaku adalah mindset mak ayah untuk menjadi pendidik anak dan bukannya "dididik" oleh anak. Tanamkan niat untuk membesarkan anak yang mendengar kata bukannya dengan niat menghambakan anak kepada mak ayah tetapi belajar menghambakan diri kepada Tuhan juga.
Terima kasih, semoga bermanfaat. ๐Ÿ˜Š
*Anak yang mempunyai masalah tingkahlaku yang serius selalunya mempunyai masalah sensori sama juga dengan kes anak terlewat percakapan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ini memerlukan penilaian sensori dan tingkahlaku daripada occupational therapist bertauliah ๐Ÿ“‘
Dialu-alukan untuk LIKE, SHARE dan FOLLOW page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting berdasarkan perspektif occupational therapist.
Maryam Jamadi
Occupational Therapist
Beyond Home Therapy

copy paste
Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by CiK WANIEE