klik plzzz

25 Januari 2014

snow chees kek

sapa suka makan kek heeeee aku x suka sangat..tapi aku suka buat kek...
cerita dia masa di kampung hari tue la gigih aku g beli bahan kek semata nak menerai buat snow chees kek nie senang ja x da susah
nak resipi x korang ....nak kan..malu2 la tue nak jawab :P
aku pown ambil kat googel je puas aku cari...macam2 versi ada tapi aku try yang paling senang la..
oppp lupa pecubaan pertama aku gagal kek keras mcm bengkang sbb aku g masuk susu penuh krim..sepatutnya susu segar...sbb lagi aku ckap kat cina kedai kek tue aku nk freash milk dia p bagi full cream milk ahhh aku pown x belek dah balik2 la...salah susu..untuk tidak membazir aku guna juga last2 ambik la kek mcm bengkang hahahaha....
sbb aku tau salah susu..dulu aku penah buat apam polkadot aku salah g letak full cream milk apam polkadot aku jd bengkang jg kikiki...so korang hati2 tau fresh milk n full cream milk sangt beza walaupown sama ja warna ....
nah aku bg resipi nak bt snow chees kek...yang nie kali ke2 aku buat mmg meletopp gebus gebas lagi

Resipi Snow Cheese Cake

Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung 
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis 
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.(Kalau untuk Lava kena campur 1/4 cawan susu cair)

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.(Nie bergantung pada suhu oven korang jugak ehh)
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian terbalikkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

insyaalah jadi korang x payah risau...oppp yang aku cerita aku letak susu tue resipi lain...dia masuk susu n slice chees...lagi sedap rasa dia...

nie la hasil kekerasan tangan aku sodap...aku suka cheedar lagi sbb masin2 pastu chees lak manis woooo meletop

selamat mencuba ya korang :) tata

Terima Kasih Sudi Baca Dan Komen

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by CiK WANIEE